Sulaman Tradisional Dijadikan Sumber Rezeki

2023-12-15 10:25:41  cri
Share with:


Wang Guorong, pewaris teknik sulaman diraja Wang Shi yang tersenarai sebagai item Warisan Budaya Tidak Ketara di peringkat provinsi Hebei, sudah bertugas dalam bidang sulaman selama lebih 30 tahun. 

Wang menubuhkan sebuah studio di kampung halamannya di kaunti Longhua provinsi Hebei pada beberapa tahun yang lalu, dan mula memproses pakaian tempahan mengikut permintaan pelanggan. 

Dengan ini, beliau bukan sahaja dapat mewarisi teknik sulaman tradisional, tetapi juga berpeluang membantu seramai lebih 40 orang penduduk wanita tempatan dalam membangunkan "ekonomi hujung jari", dengan menjanjikan pulangan pendapatan tahunan sebanyak lebih RMB1.2 juta (RM787 ribu).