Presiden China, Kenya Ucapkan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik

2023-12-15 14:34:40  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Kenya William Samoei Ruto saling mengutus kawat tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pada Khamis.

Xi berkata, pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara sering diadakan, kepercayaan politik ditingkatkan, dan kerjasama Jalur dan Laluan membuahkan hasil sejak akhir-akhir ini. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga menjadi teladan baik bagi kerjasama antara China dengan negara Afrika. 

"Saya mementingkan hubungan dengan Kenya, dan bersedia bersama-sama Presiden Ruto untuk memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara, agar membina komuniti berkongsi nasib China-Kenya yang lebih erat pada era baharu," kata Xi.

Ruto pula berkata pihaknya bersedia bersama pihak China untuk melaksanakan hasil yang dicapai dalam Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan ke-3 dan Dialog Pemimpin China-Afrika di Johannesburg, agar mendorong hubungan kedua-dua negara berkembang mantap dan menyambut masa depan yang lebih indah.