China Teguh Pelihara Kedaulatan Negara dan Kepentingan Maritim

2023-12-15 14:33:38  CRI
Share with:

China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan ke atas kawasan perairan Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai. Tindakan provokasi pihak Filipina membelakangi Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), menjejaskan kedamaian dan kestabilan di perairan tersebut. China akan mengambil tindakan sewajarnya, dengan teguh memelihara keutuhan wilayah, kedaulatan negara dan kepentingan maritim.

Demikian kenyataan jurucakap Kementerian Pertahanan China Zhang Xiaogang.

Menurut laporan, Filipina menghantar kapal menceroboh masuk ke perairan sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China mutakhir ini. Ketua Turus Angkatan Bersenjata Filipina dan pegawai-pegawai lain menaiki kapal perang yang 'terkandas' di terumbu itu. Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menyeru China menghentikan tindakan halangan.

Zhang Xiaogang mengatakan, Filipina mengabaikan nasihat dan amaran China, berkeras menghantar kapal menceroboh masuk ke kawasan perairan China, berniat untuk menghantar bahan binaan ke kapal perang yang 'terkandas' di Terumbu Ren'ai.

Sementara itu, kapal Filipina sengaja melanggar kapal Pengawal Pantai China (CCG) dengan cara yang berbahaya. CCG mengambil langkah kawalan sewarjarnya berdasarkan undang-undang. 

Zhang berkata, tindakan pihak China tersebut adalah profesional, bersabar, wajar dan sah. Tentera China telah mengemukakan bantahan keras kepada pihak Filipina.

Beliau menegaskan bahawa segelintir kuasa luar menghasut Filipina dengan niat yang jahat. China menuntut negara-negara berkaitan agar menghentikan tindakan provokasi demi mengelakkan situasi daripada menjadi lebih buruk.