Sibuk Petik Buah Longan di Luzhou

2023-12-15 12:06:53  CRI
Share with:

Para petani kelihatan sibuk memetik buah longan di bandar Luzhou provinsi Sichuan baru-baru ini.

Peningkatan pendapatan pekebun tempatan dilaporkan tidak terlepas dari tanaman longan spesies premium yang diperkenalkan dari provinsi Fujian dan penyusunan semula industri yang bermodelkan “syarikat + koperasi + pekebun” pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut statistik dari badan pertanian tempatan, tanaman buah longan yang seluas 20 ribu hektar di bandar Luzhou mampu membawa hasilan sebanyak 100 ribu tan setiap tahun.