Presiden Xi Adakan Tinjauan di Bandar Nanning

2023-12-15 12:21:09  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China, pada pagi Khamis.

Beliau telah membuat kunjungan ke Syarikat Pelabuhan Maklumat China-ASEAN untuk mengetahui keadaan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN, serta pembangunan dan penggunaan teknologi maklumat.

Beliau juga berkunjung ke Komuniti Panlong di daerah Liangqing untuk melihat penambahbaikan sistem tadbir urus komuniti di bandar dan peningkatan perpaduan etnik.