Xi Kirim Surat Tahniah kepada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 USCBC

2023-12-15 14:38:13  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada majlis jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-China (USCBC), hari ini. 

Beliau mengucapkan tahniah kepada dewan dan ahli-ahlinya, di samping menyampaikan mogaan baik kepada tokoh pelbagai kalangan AS yang memberikan perhatian dan sokongan kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

Xi mengatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan ialah komponen penting dalam hubungan China-AS dan membawa banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 

Beliau berkata, China akan mendorong pembangunan bermutu tinggi, memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi, serta membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, undang-undang dan antarabangsa. 

Xi menegaskan, modenisasi ala China akan membawa lebih banyak peluang kepada syarikat asing termasuk AS. Beliau percaya kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara mempunyai potensi besar dan akan menyambut masa depan yang lebih cerah.

Presiden AS Joe Biden juga mengirim surat tahniah kepada USCBC hari ini.

USCBC yang beribu pejabat di Washington ditubuhkan pada tahun 1973, dan merupakan organisasi kalangan rakyat yang mengkhususkan hubungan perdagangan dengan China, sebelum jalinan ikatan diplomatik kedua-dua negara.