Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Hasan

2023-12-16 15:34:51  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Malaysia Dato' Seri Mohamad Hasan pada Rabu lalu.

Wang Yi dalam perutusan tahniahnya berkata China dan Malaysia ialah negara jiran yang bersahabat sejak zaman dahulu. China sentiasa mengutamakan hubungan dengan Malaysia dalam dasar luar terhadap negara-negara jiran. 

"Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai konsensus penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia pada Mac lalu, sekali gus menggariskan arah perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang.

"Tahun depan ialah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia. Saya berharap menjalin hubungan kerja yang baik dengan Dato' Seri Mohamad Hasan, menggalakkan pelaksanaan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, agar memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Wang Yi.