Konsensus UAE, Hasil Signifikan COP28

2023-12-16 15:08:11  CRI
Share with:

"Kita patut berbangga dengan kejayaan bersejarah ini. Ini tak syak satu pakej pelan tindakan yang lebih kuat, seimbang dan signifikan untuk menghadapi perubahan iklim. Inilah konsensus Emiriah Arab Bersatu (UAE)."

Pengerusi Persidangan Pihak-Pihak ke-28 bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28), Sultan Al Jaber berkata demikian dalam sidang penutup persidangan itu mutakhir ini. 

Pencapaian "perjanjian bersejarah" itu "bukanlah perkara mudah", memetik ulasan media dari pelbagai negara terhadap hasil COP28 tersebut.

COP28 dapat mencapai perjanjian bersejarah tidak dapat terpisah dengan kerjasama antara China dengan Amerika Syarikat (AS), khususnya kesungguhan peringkat tinggi.

Sempena pertemuan kemuncak China-AS di San Francisco pada bulan lalu, presiden kedua-dua negara menyatakan akan mendorong COP28 mencapai kejayaan. Sikap yang positif tersebut menyuntik dorongan bagi masyarakat antarabangsa untuk menghadapi krisis iklim. 

Mewujudkan transformasi tenaga dan menghadapi perubahan iklim memerlukan usaha pelbagai negara. China mencapai prestasi yang mengagumkan dalam industri tenaga boleh baharu (TBB) pada beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa ini, kapasiti terpasang tenaga baharu di China menduduki lebih satu pertiga daripada jumlah dunia, manakala penjanaan tenaga elektrik menggunakan kuasa angin, air dan suria masing-masing menduduki tempat pertama di dunia. 

Mesyuarat Kerja Ekonomi Pusat China 2023 yang diadakan mutakhir ini mengumumkan, pembinaan tamadun ekologi dan pembangunan hijau dan rendah karbon adalah salah satu daripada sembilan tugas utama bagi pembangunan ekonomi China pada tahun depan.

Kerajaan China akan berusaha mewujudkan puncak karbon dan neutral karbon, mempercepat pembinaan rantaian bekalan hijau dan rendah karbon. 

Pelbagai negara juga perlu menyumbang tenaga sendiri untuk bersama-sama menghadapi perubahan iklim.