Presiden Xi Memberi Arahan Penting Mengenai Bencana pada Musim Sejuk

2023-12-16 15:34:31  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping memberi arahan penting tentang kerja menangani bencana alam pada musim sejuk seperti suhu dingin, hujan, salji, dan pembekuan yang melanda negara ini mutakhir ini. 

Xi berkata, hujan dan salji lebat melanda pelbagai kawasan di negara ini baru-baru ini dan memberi impak besar kepada bekalan elektrik, pengangkutan dan kehidupan rakyat.

Beliau menegaskan pihak-pihak berkaitan harus menumpukan pemantauan terhadap perubahan iklim, meningkatkan penyeliaan cuaca dan mengeluarkan ramalan dan amaran berkaitan dari semasa ke semasa. 


Di samping itu, menurut Xi, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan pemeriksaan terhadap keadaan pengangkutan dan bekalan elektrik, menghapuskan ais dan salji untuk memastikan kelancaran jaringan pengangkutan dan grid tenaga.

Xi juga mahu pihak-pihak berkuasa berkaitan agar meningkatkan bekalkan arang batu, tenaga, minyak dan gas asli untuk menjamin rakyat memperoleh bahan bakar yang mencukupi. 

Beliau juga menekankan pentingnya untuk menjamin pengeluaran dan pembekalan barang-barang keperluan seharian dengan harga yang stabil.