17 Juta Penduduk di Florida Hadapi Ancaman Cuaca Buruk

2023-12-17 14:35:28  CRI
Share with:

Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), beberapa kawasan di Florida dilanda ribut dahsyat pada Sabtu. 

Ribut itu turut menyebabkan angin kencang dan hujan lebat, dan berkemungkinan mengakibatkan banjir dan puting beliung. Kira-kira 17 juta penduduk di negeri itu menghadapi ancaman cuaca buruk. 

Menurut laporan, setakat tengah hari Sabtu, lebih 21,000 kali gangguan bekalan tenaga dilaporkan di beberapa kawasan di Florida.