Jumlah Kematian di Genting Gaza Terus Meningkat

2023-12-17 15:01:32  CRI
Share with:

TV AL Jazeera pada Sabtu melaporkan, pegawai kanan Hamas Usama Hamdan dalam sidang akhbar yang diadakan di Beirut, Lubnan menyatakan bahawa serangan Israel terhadap Genting Gaza telah mengakibatkan lebih 19,000 orang Palestin terbunuh, manakala lebih 8,000 orang masih hilang. Di samping itu, jumlah kematian rakyat Palestin di Tebing Barat meningkat kepada 300 sejak 7 Oktober lepas. 

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan pada Sabtu bahawa pegawai Qatar dan Israel telah mengadakan rundingan pada hari itu, membincangkan perkara-perkara mengenai penyambungan semula rundingan damai antara Palestin dan Israel untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza, pembebasan tebusan dan lain-lain.