Ulang Tahun ke-45 Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka

2023-12-18 14:42:34  cri
Share with:

Pada 45 tahun yang lalu, iaitu Disember, 1978, China mula melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Dalam tempoh 45 tahun lalu khususnya tempoh 10 tahun kebelakangan ini, China sudah berjaya membentuk persekitaran urus niaga yang bertaraf dunia dan melancarkan aliran aset antarabangsa secara saintifik, melalui pelaksanaan siri dasar yang bertujuan memudahkan perdagangan dan pelaburan yang bebas, menjamin hak serta kepentingan pembangunan milik syarikat pelaburan asing di China, memperluas pengeksportan, menambah akses ke pasaran domestik dan meningkatkan perlindungan terhadap hak cipta intelek.

Selain itu, China mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaannya dengan pelaksanaan strategi pembangunan pelbagai negara dan rantau yang terbabit. Kini, lebih 150 buah negara dan lebih 30 buah pertubuhan antarabangsa merupakan penandatangan kepada dokumen kerjasama BRI. Sementara itu, China berturut-turut menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), Ekspo Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) dan Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (CIFTS), yang dilihat berperanan melindungi mekanisme kerjasama multilateral, menstabilkan asas pembangunan ekonomi sesama rantau dan global, dan mempergiat proses globalisasi ekonomi dan integrasi serantau.

Menghadapi situasi semasa yang tiada tolok banding dalam sejarah seabad lalu, Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, yang dianggap hala tuju pembangunan masa depan dunia. Xi pernah berkali-kali menekankan bahawa China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, dan mendorong modenisasi ala China secara komprehensif melalui pembangunan berkualiti tinggi, sekali gus menawarkan peluang baharu kepada pelbagai negara dalam mengadakan kerjasama yang terbuka.