Xi Ucap Takziah Kemangkatan Sheikh Nawaf

2023-12-18 11:26:42  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Emir baharu Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berikutan kemangkatan kekandanya Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Xi mewakili kerajaan dan seluruh rakyat China menyampaikan rasa simpati kepada kerabat diraja serta rakyat Kuwait.

Xi berkata Sheikh Nawaf dihormati dan disayangi oleh rakyat Kuwait dan memberi sumbangan positif kepada pembangunan hubungan China-Kuwait.

Pemergian Sheikh Nawaf satu kehilangan besar buat rakyat Kuwait, kata Xi sambil menambah rakyat China juga kehilangan seorang sahabat karib.

Menurut Xi, kerajaan dan rakyat China menghargai persahabatan antara kedua-dua negara dan yakin bahawa perkongsian strategik China-Kuwait akan terus diperkukuh menerusi usaha bersama.

Pada hari sama, Perdana Menteri Li Qiang merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Kuwait, Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah atas pemergian Sheikh Nawaf.