Projek Kesalinghubungan Menjadi 'Game Changer'

2023-12-18 16:28:11  CRI
Share with:

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan upacara pemasangan landasan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pertama di Kuantan.

 

Mesin pemasangan trek model ‘CCPG-500A’ buatan CRRC Yangtze Co. Ltd. mampu memasang landasan sepanjang 1.5 km sehari. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menyatakan bahawa ini merupakan titik permulaan baharu bagi projek ECRL yang kini telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 56.35 peratus setakat November lalu, iaitu selari dengan jadual.

 

Apabila ECRL ini siap, perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu setengah jam, berbanding memandu kereta selama tiga jam buat masa ini.

 

Menurut beliau, ECRL akan menjadi pengubah keadaan (game changer)  bagi merapatkan jurang pembangunan yang besar antara pantai timur dengan pantai barat.

 

Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan yang belum memahami mengapa pengurangan sehingga satu setengah jam boleh disifatkan sebagai pengubah keadaan?

 

Isteri Satria kerap bertugas ke bandar lain untuk mengunjungi rakan syarikat. Oleh itu, Satria memahami sedikit sebanyak apa maknanya menjimatkan satu setengah jam bagi peniaga yang perlu berulang alik antara dua bandar.

 

Dia selalu menaiki kapal terbang yang berlepas pada kira-kira pukul 7.00 pagi. Ini bermakna dia perlu bangun dan bertolak ke lapangan terbang pada pukul 4.00 atau 5.00 pagi. Saya bertanya mengapa tidak menaiki penerbangan pada pukul 8.00 atau 9.00 supaya boleh tidur lama sedikit. Dia menjawab bahawa menaiki penerbangan awal menjamin dia boleh sampai ke bandar lain, seperti Shanghai pada kira-kira pukul 9.00, dan masih sempat mengunjungi satu rakan syarikat sebelum tengah hari.

 

Bagitu juga bagi peniaga dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Dengan menjimatkan satu setengah jam perjalanan bermakna lebih banyak peluang perniagaan dan keefisienan yang mungkin dua tiga kali ganda lebih tinggi berbanding masa ini.

 

Semakin ramai orang kini yakin kesalinghubungan mampu menjadi pengubah keadaan.

 

Baru-baru ini Satria menonton program realiti DIVAS HIT THE ROAD S5·SILK ROAD, yang menampilkan beberapa orang selebriti melawat ke Croatia. Selain pelbagai destinasi pelancongan yang indah, mereka juga telah melawat jambatan Peljesac yang dibina dengan bantuan China.

 

Penduduk bandar Dubrovnik di bahagian paling selatan negara itu terpisah dengan Semenanjung Peljesac oleh laut. Dahulu, kalau hendak pergi ke hospital besar, mereka perlu melalui negara jiran iaitu, Bosnia dan Herzegovina. Dengan adanya jambatan menyeberangi laut sepanjang 2440 meter itu, kini perjalanan ke hospital mengambil masa lima lima minit sahaja.

 

Di Asia Tenggara, kita pula menyaksikan kejayaan beberapa pengubah keadaan seperti landasan kereta api China-Laos dan HSR Jakarta-Bandung. Dahulu Laos merupakan negara tanah yang terkunci (landlocked country) yang tidak memiliki garis pantai. Dengan perasmian projek ini pada dua tahun yang lalu, Laos menjadi negara tanah penghubung antara negara (land-linked country), produk dan pelancong seiring dengan lain turut mengaktifkan ekonomi tempatan. 

 

Masih ingatkah anda, pengubah keadaan pertama di Asia Tenggara dahulu yang sepatutnya muncul di Malaysia, iaitu HSR Kuala Lumpur-Singapura! Sayang sekali projek ini tergendala akibat ketegangan politik.

 

Bagaimanapun, Satria amat gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pihaknya bersedia mengemukakan cadangan baharu berhubung HSR Kuala Lumpur – Singapura, manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar juga mahu projek tersebut diteruskan.

 

Semoga dengan adanya projek HSR Kuala Lumpur - Singapura, jaringan pan-Asia boleh siap seawal mungkin dan menjadi pengubah keadaan bagi ekonomi serantau.