Guntingan Kertas Corak Naga Laris Dijual Sempena Tahun Naga

2023-12-18 09:37:46  CRI
Share with:

Tahun depan ialah tahun naga menurut kalender tradisional China.  Karya seni guntingan kertas yang mempunyai elemen naga laris dijual di pasaran sejak mutakhir ini.

Di daerah Huaiyang, bandar Zhoukou, provinsi Henan, pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat bandar, Liu Xiuhua kelihatan sedang sibuk menghasilkan karya guntingan kertas bercorak naga.