China, DPRK Ikrar Terus Mantapkan Hubungan Bilateral

2023-12-18 17:09:43  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Pak Myong Ho di Beijing pada Isnin.

Wang berkata persahabatan tradisional antara China dan DPRK terus disemarakkan pada era baharu dengan bimbingan strategik pemimpin tertinggi kedua-dua negara.

China memandang hubungan dengan DPRK dari perspektif strategik dan jangka panjang, dan bersedia bersama DPRK menggerakkan perkembangan mantap hubungan persahabatan dan kerjasama.

Pak Myong Ho pula menzahirkan komitmen pihaknya untuk memperdalam hubungan dengan China.

DPRK komited terus memperkasa sinergi multilateral dengan China bagi melindungi kepentingan bersama serta kedamaian dan kestabilan serantau.