Hubungan China-Ethiopia Dinaiktaraf ke Perkongsian Strategik Sepanjang Masa

2023-12-18 13:28:03  CRI
Share with:

Bekas Presiden Ethiopia, Mulatu Teshome dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini berkata, Perkongsian Strategik Sepanjang Masa bukan kata sifat, sebaliknya mencerminkan kedua-dua negara Ethiopia dan China membuahkan hasil dalam perkembangan hubungan persahabatan.

“Terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun 1970an boleh dilihat sebagai satu permulaan, dan hubungan dua hala berkembang makin baik selepas tahun 1990an, yang menyaksikan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mula bertambah dan munculnya trend perkembangan walaupun kecil-kecilan jika hanya dilihat dari perangkaan berkenaan, kata Mulatu.

"Pelaburan ketika itu tidak sebanyak seperti sekarang ini. Kerajaan kedua-dua negara memelihara hubungan yang amat baik dan sama juga hubungan antara Parti kedua-dua pihak. Ini memudahkan Ethiopia dan China untuk saling mengenali.

“Sejak tahun 2010, pelabur China menjadi kelompok yang menonjol di Ethiopia yang menyediakan banyak peluang pelaburan yang terbuka, dan jumlah perdagangan bilateral meningkat berturut-turut. Hakikatnya, hubungan dengan China amat penting bagi Ethiopia. China sudah merupakan rakan dagang terbesar bagi Ethiopia, ujar Mulatu.

"Di Ethiopia, terutamanya ibu negara Addis Ababa dapat kelihatan banyak restoran China dan institusi perubatan swasta, klinik atau hospital kendalian orang China. Pasukan perubatan yang dihantarkan kerajaan China bertugas di negara kami, yang merupakan sokongan amat besar kepada kami.

“Kita mempunyai hubungan yang amat baik dalam bidang politik dan diplomatik. Ethiopia kaya dengan sumber semula jadi, yang sangat penting bagi Revolusi Perindustrian keempat. Contohnya, litium atau nikel adalah sumber mineral yang sangat penting yang sedang kami bangunkan di Ethiopia. Kami juga mengharapkan pelabur China menceburkan diri dalam bidang ini, tambah beliau.

Mengulas lanjut, "Ethiopia mempunyai potensi besar untuk pembangunan dan perindustrian. Kami mempunyai bakat, modal insan dan sumber semula jadi yang banyak, tetapi sumber ini tidak dapat digunakan dengan baik. Melalui pelaburan dan kerjasama teknologi antara kedua-dua negara, saya fikir ia boleh membawa perubahan besar. Kerjasama kita adalah berdasarkan panduan saling menguntungkan dan sama menang.”

Ethiopia akan menjadi anggota BRICS secara rasmi pada tahun depan. 

Sehubungan itu, Mulatu berkata, “Ethiopia akan mendapat manfaat daripada kerjasama dengan China, India, Rusia, Brazil dan negara BRICS yang lain. Negara-negara BRICS menjalankan sokongan antara satu sama lain dalam bidang pelaburan, yang mana amat diperlukan Ethiopia. Kerjasama negara-negara BRISC juga boleh memperluas perdagangan dan menggalakkan sokongan sesama negara dalam bidang teknologi atau sains, dan pasti boleh dimanfaatkan Ethiopia."