"Meng Xiang", Kapal Penggerudi Lautan yang Paling Canggih di Dunia

2023-12-19 15:42:44  CRI
Share with:

Kapal penggerudi lautan buatan China yang pertama dinamakan "Meng Xiang" secara rasmi pada Isnin, dan pelayaran sulungnya untuk ujian akan dimulakan dari Nansha di Guangzhou pada masa terdekat. Ini dilihat satu lonjakan besar bagi China yang sudah mampu menyelidik dan menghasilkan kapal untuk tujuan penerokaan laut dalam.

Sebagai kapal penggerudi lautan yang paling canggih di dunia, kapal "Meng Xiang" dilengkapi zon makmal yang paling luas dan fungsinya paling lengkap di dunia, dengan keluasannya melepasi 3,000 meter persegi. Kesemua sembilan makmal merangkumi sains laut, mikrob, paleomagnetism dan sebagainya, dan berdasarkan penggunaan teknologi yang kritikal seperti digital kembar (Digital Twin -- DT) boleh mewujudkan pengawasan sepanjang proses penggerudian dan koordinasi pintar dalam ujian sains.

Menurut rancangan berkenaan, kapal "Meng Xiang" yang masih berada pada fasa persiapan berkenaan di pelaburan akan bertolak pada 22 Disember untuk memulakan pelayaran sulungnya secara ujian.