Tingkat Tahap Keterbukaan, Cetus Lebih Banyak Peluang

2023-12-19 13:13:18  CRI
Share with:

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China.

Dasar berkenaan bukan sekadar mengubah wajah negara China, malah menjanjikan peluang sama menang buat dunia.

Ekonomi China yang terbuka benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global. 

China kekal menjadi enjin utama pertumbuhan dunia, lebih-lebih lagi dalam konteks pemulihan yang lembap buat masa ini.

Bagi syarikat multinasional, mereka menikmati faedah daripada pertumbuhan ekonomi China dan mendapat ruang pembangunan meluas di negara Tembok Besar.

Keterbukaan China turut menerajui trend pembangunan ekonomi seperti pembangunan hijau dan pendigitalan. 

Pada 2022, ekonomi digital menyumbang 41.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China, menduduki tempat kedua di dunia. 

Di rantau Asia Tenggara, perusahaan China membantu membina hospital pintar 5G yang pertama ASEAN. 

Pembangunan teknologi digital China membawa limpahan manfaat kepada rakyat di pelbagai negara dan menyuntik momentum baharu bagi pertumbuhan ekonomi sejagat.

Dari perspektif lain, konsep keterbukaan yang diamalkan China serta usahanya dalam membina ekonomi dunia yang terbuka turut membawa nafas baharu kepada sistem tadbir urus global.

Sebagai contoh, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diperkenalkan sedekad lalu berjaya menarik penanaman modal bernilai hampir USD1 trilion, mencipta 420,000 peluang pekerjaan untuk negara-negara terlibat, sementara membawa hampir 40 juta orang keluar daripada belenggu kemiskinan. 

"Pintu China takkan ditutup, ia hanya akan terbuka makin luas." 

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang baru tamat telah menggariskan siri pendekatan baharu bagi meningkatkan tahap keterbukaan.

Peluang yang akan dicipta daripada pelaksanaan siri langkah tersebut amat dinanti-nantikan dunia.