AS Mungkin Kehabisan Dana Bantu Ukraine Hujung Bulan Ini

2023-12-19 12:56:19  CRI
Share with:

Rumah Putih menyatakan pakej bantuan Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diberikan kepada Ukraine akhir bulan ini akan menjadi kumpulan terakhir, melainkan Kongres meluluskan rang undang-undang pembiayaan tambahan untuk negara itu.

Sejak tercetusnya konflik Rusia-Ukraine, Kongres AS telah meluluskan bantuan sebanyak USD113 bilion kepada Ukraine, termasuk USD46.6 bilion dalam bantuan ketenteraan secara langsung.