Pantai Timur AS Dilanda Cuaca Buruk

2023-12-19 12:46:33  CRI
Share with:

Cuaca buruk yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) menyebabkan hampir 700,000 penduduk di kawasan New England dan New York mengalami gangguan bekalan elektrik setakat Isnin, lapor laman web PowerOutage.us.

Sementara itu, seramai 59 juta penduduk dari Virginia dan Maryland terdedah kepada amaran banjir.

Menurut syarikat perkhidmatan penjejakan penerbangan FlightAware, lebih 2,000 kelewatan dan 400 lagi pembatalan penerbangan dilaporkan di seluruh negara ekoran cuaca buruk.