Xi Dengar Laporan Kerja Ketua Eksekutif Makau

2023-12-19 12:45:28  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mendengar laporan kerja yang dibentangkan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Ho Iat Seng di Beijing pada petang Isnin.

Xi menegaskan bahawa kerajaan pusat akan teguh mengamalkan dasar 'satu negara, dua sistem' dan melaksanakan prinsip 'patriot mentadbir Makau' secara menyeluruh.

Beliau berkata kerajaan pusat komited menyokong penuh ketua eksekutif dan kerajaan wilayah itu menyatukan dan mengetuai pelbagai lapisan masyarakat untuk merebut peluang yang dibawa oleh pembangunan negara, di samping terus menggerakkan praktik 'satu negara, dua sistem' bercirikan Makau.

Xi berharap hasil pembangunan baharu terus dilakar sebagai meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Makau ke tanah air pada tahun depan.