Xi Dengar Laporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR

2023-12-19 11:58:26  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee, yang dalam lawatan kerja ke Beijing pada Isnin.

Semasa pertemuan itu, Xi mendengar laporan yang dibentangkan Lee mengenai situasi semasa Hong Kong serta kerja kerajaan HKSAR.

Beliau berkata kerajaan pusat konsisten dalam mengamalkan dasar 'satu negara, dua sistem' dan melaksanakan sepenuhnya prinsip 'patriot mentadbir Hong Kong'.

Menurut Xi, kerajaan pusat akan menyokong penuh ketua eksekutif dan kerajaan wilayah itu menyatukan dan membimbing semua lapisan masyarakat untuk merebut peluang yang dicetuskan daripada pembangunan negara sekali gus mengukuhkan status Hong Kong sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa.