Xi Tinjau Komuniti Berbilang Kaum di Nanning

2023-12-19 11:41:53  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dalam perjalanan balik negara setelah menamatkan lawatan rasminya di Vietnam baru-baru ini memilih singgah di Wilayah Autonomi Guangxi, barat daya China untuk melakukan tinjauan di peringkat akar umbi.

Komuniti Panlong di bandar Nanning merupakan destinasi pertama dalam jadual tinjauan tersebut.


Taman perumahan Panlong didiami masyarakat yang berbilang kaum yang terdiri daripada 15 etnik termasuk Han, Zhuang, Yao dan Mulao. Xi turun padang bersalaman bersama penduduk tempatan dan melihat mereka mengikuti latihan kaligrafi serta koir, kemudian meluahkan harapan agar penduduk pelbagai etnik saling membantu, dan menyemarakkan semangat kejiranan dalam suasana yang harmoni.

Sebanyak 12 etnik hidup secara turun-temurun di wilayah Guangxi. Xi mengarahkan kerajaan tempatan berusaha memupuk suasana harmoni dalam masyarakat yang berbilang etnik melalui pembinaan yang substantif, perkhidmatan yang pantas dan penganjuran aktiviti komuniti yang pelbagai. Menurut beliau, etnik mana pun tidak boleh tercecer dalam pembinaan negara sosialis yang utuh pada zaman moden ini.

Xi yang peka akan tadbir urus komuniti bandar pernah banyak kali mengadakan tinjauan di peringkat akar umbi. Setiap perincian dalam urusan komuniti, di mata Xi,  berkaitan rapat dengan hidup rakyat dan patut ditangani dengan penuh teliti.