CFRD Hantar Barang Bantuan ke Kawasan Bencana Gempa

2023-12-20 14:49:57  CRI
Share with:

Kementerian Pertanian dan Urusan Luar Bandar segera mengaktifkan tindak balas kecemasan peringkat II dengan mengintegrasikan semua sumber kewangan untuk menyokong misi menyelamat di kawasan yang dilanda gempa bumi di Qinghai dan Gansu.

Yayasan Pembangunan Luar Bandar China (CFRD) menghantar dua pasukan penyelamat ke kaunti Jishishan, provinsi Gansu dan kaunti Minhe, provinsi Qinghai untuk membantu operasi berkenaan. 

CFRD turut menghantar barang bantuan termasuk 2,400 kit kecemasan dan 2,000 selimut ke kawasan bencana, selain mengumpul sumbangan sebanyak 1 juta yuan (RM650, 000) dan ubat-ubatan bernilai 2 juta yuan (RM1.31 juta) menerusi Yayasan Youcheng.