Tindas Syarikat China, Dirinya Jatuh Rugi

2023-12-20 15:09:50  CRI
Share with:

Mutakhir ini, Grid Nasional Britain mengeluarkan komponen yang dibekalkan syarikat China daripada rangkaian penghantaran elektrik dengan dalih ‘keselamatan’.

Memetik laporan Financial Times, pekerja syarikat China terbabit berkata pihaknya pernah membincangkan isu keselamatan rangkaian dengan Grid Nasional Britain dengan keputusan tiada sebarang masalah ditemui. Hasil ujian dilakukan jurutera juga mengesahkan tidak wujud sebarang risiko yang berpotensi.

Pakar berpendapat, Britain mengambil ‘keselamatan’ sebagai helah untuk menuduh syarikat berkenaan kerana ia menaruh perasaan syak wasangka terhadap China dan mempunyai motif politik tertentu.

Di satu pihak, Britain meniru Amerika Syarikat (AS) memperhebat penindasan terhadap syarikat teknologi China sebagai cerminan keistimewaan hubungan sekutu dua negara.

Di pihak lain, parti pemerintah Britain mahu mengaut lebih banyak undi dalam pilihan raya umum tahun depan dengan menunjukkan sikap keras terhadap China.

Difahamkan, syarikat China terbabit mempelopori bidang kawalan perindustrian dan tenaga bersih serta bermandiri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Peranan yang dimainkan syarikat seumpama tidak boleh digantikan dengan begitu mudah.

Britain mengabaikan peraturan pasaran dan menyingkirkan pembekal China, ia pasti akan menanggung kerugian yang amat besar.

Terkena tempias konflik Rusia-Ukraine, Britain kini bergelut dengan harga tenaga yang melambung naik serta kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Keadaan itu turut mendorong kerajaan meningkatkan transformasi terhadap grid elektrik. Bagaimanapun, tindakan mengecualikan komponen buatan China secara tidak langsung memanjangkan masa penaiktarafan dan menambah kos berkenaan.

Bermula Januari depan, purata bil tahunan isi rumah bagi penggunaan tenaga akan meningkat daripada £1,834 (RM10,855) kepada £1,928 (RM11,411). Ia bermakna, rakyat Britain akan menanggung beban harga tenaga kekal tinggi buat jangka masa panjang.

Hakikinya, ancaman yang dihadapi Britain bukan daripada syarikat China, sebaliknya sesetengah politikus yang terlibat dalam manipulasi politik tanpa mengira kepentingan rakyat.

Tokoh-tokoh yang bersikap rasional harus menyedari bahawa China merupakan rakan kongsi dan juga peluang pembangunan.

Cara pergaulan betul antara kedua-dua negara adalah untuk menggerakkan hubungan dua hala berkembang sihat dan mantap menerusi kerjasama pragmatik dan saling untung, sekali gus memberi manfaat kepada dunia.