China Serahkan Surat Ratifikasi Protokol Senjata Api

2023-12-20 12:21:56  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun telah menyerahkan surat ratifikasi China untuk menyertai Protokol Senjata Api kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Selasa.

Zhang Jun menyatakan bahawa kerajaan China amat memberikan perhatian kepada masalah-masalah yang disebabkan penggunaan senjata api tidak terkawal, meletakkan rakyat dan keselamatan nyawa mereka pada kedudukan utama, menentang keras pembuatan senjata api secara haram dan pemerdagangan serta pengedaran terbabit. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China terus memperketat kawalan terhadap senjata api di dalam negeri, menjalankan kewajipan antarabangsa dengan penuh teliti, dan menyertai kerjasama antarabangsa dengan aktif sehingga menjadi antara negara yang paling selamat dan paling sedikit kes jenayah berkaitan senjata api di dunia.

Zhang Jun menekankan ratifikasi Protokol Senjata Api merupakan langkah penting China untuk melaksanakan Inisiatif Keselamatan Sejagat, menyokong amalan multilateralisme dan memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dan antarabangsa, menggambarkan sokongan China terhadap prosedur PBB untuk mengawal senjata dan memerangi jenayah terancang rentas sempadan, dan juga mencerminkan keazaman China dalam melaksanakan tanggungjawab antarabangsa dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Selain itu, Zhang juga menyatakan kesediaan China untuk meningkatkan lagi pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang senjata ringan dan kecil, membantu negara membangun untuk meningkatkan kemampuan dalam pembinaan bersama demi dunia yang kekal damai dan selamat.

Sebelum ini pada September tahun 2022, Menteri Luar China, Wang Yi pernah mengumumkan China melancarkan prosedur perundangan domestik untuk meratifikasi Protokol Senjata Api sempena Perhimpunan Agung PBB ke-77. Penyerahan surat ratifikasi tersebut menandakan China sudah menyelesaikan prosedur undang-undang berkenaan.