Tentera China, Rusia Anjur Rundingan Strategik Pusingan ke-22

2023-12-21 13:30:01  CRI
Share with:

Tentera China dan Rusia mengadakan rundingan strategik pusingan ke-22 di Beijing pada Rabu.

Rundingan itu berkisar pada situasi keselamatan antarabangsa dan rantau, hubungan tentera dua negara dan lain-lain.

Kedua-dua pihak sepakat melaksanakan konsensus dicapai Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin, mempertingkat kerjasama strategik antara angkatan tentera, di samping terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rantau dan dunia serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.