Masyarakat Antarabangsa Zahir Simpati Gempa Bumi Gansu

2023-12-21 15:08:22  CRI
Share with:

Banyak negara dan pertubuhan antarabangsa menzahirkan rasa simpati kepada China susulan gempa bumi kuat yang melanda kaunti Jishishan, provinsi Gansu pada Isnin.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin, ramai pemimpin asing termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Raja Kemboja Norodom Sihamoni dan Presiden Pakistan Arif Alvi mengucapkan takziah melalui kawat atau surat kepada Presiden Xi Jinping.

Sementara itu, Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin, Pengerusi Duma Negara Rusia Vyacheslav Volodin, Perdana Menteri Pakistan Anwaar-ul-Haq Kakar, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Presiden sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB Dennis Francis dan tokoh-tokoh lain turut menyampaikan rasa simpati menerusi pelbagai cara.

Menurut Wang, kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dan barang bantuan seperti khemah kapas, katil lipat, selimut dan pakaian tebal telah dihantar tiba di kawasan bencana.