Harap Myanmar Kekal Persetujuan Gencatan Senjata: MFA

2023-12-21 11:54:42  CRI
Share with:

Pihak terbabit di Myanmar digesa supaya mengendalikan pergeseran sporadik semasa gencatan senjata serta mengekalkan persetujuan gencatan senjata dan rundingan damai.

Pendirian itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin susulan pihak berkenaan Myanmar mengadakan rundingan damai di Kunming dengan termeterainya perjanjian gencatan senjata sementara berkat pengantaraan dan usaha berterusan China.

Wang berkata China berharap pihak berkaitan di Myanmar dapat melaksanakan persetujuan yang dicapai, menunjukkan sikap sabar dan meredakan situasi di kawasan berkenaan.

"Kami (China) akan terus melibatkan diri untuk membantu menamatkan konflik dan menggerakkan rundingan di utara Myanmar dan bersama-sama berusaha meredakan situasi di sana," ujar beliau.