Kru Shenzhou-17 Bakal Lakukan EVA

2023-12-21 13:18:49  CRI
Share with:

Kru Shenzhou-17 yang terdiri daripada tiga angkasawan akan menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama dalam masa terdekat. 

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), tiga angkasawan berkenaan telah berada di orbit selama 54 hari sejak mereka memasuki kompleks stesen angkasa pada 26 Oktober.

Misi penerbangan mereka selama enam bulan kini sudah selesai hampir sepertiga.

Kru Shenzhou-17 menyempurnakan pelbagai tugas antaranya melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-16, penyelenggaraan platform stesen angkasa, ujian sut angkasa luar kabin, pemeriksaan kelengkapan kapal kargo Tianzhou-6 serta persiapan untuk EVA.

Selain itu, pelbagai misi eksperimen saintifik juga dijalankan seperti yang dirancang.