Tayangan Perdana Dokumentari China-Perancis di UNESCO

2023-12-21 13:36:37  CRI
Share with:

Tayangan perdana dokumentari Les Derniers Secrets de L'Humanite atas kerjasama Kumpulan Media China (CMG), France TV dan 10.7 LVMH telah diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada malam kelmarin waktu tempatan.

Presiden CMG, Shen Haixiong berucap, umat manusia adalah komuniti berkongsi nasib sejak sekian lama, sama seperti yang diilhamkan dari tema dokumentari terbabit. Setiap kemajuan peradaban tidak terlepas daripada perkongsian pengetahuan, pertukaran dan pembelajaran antara satu sama lain. CMG yang sentiasa giat menyebarkan karya kebudayaan yang unggul baik hasil China mahupun negara asing yakin, masyarakat manusia yang berbilang kaum yang makmur dan rancak adalah berdasarkan pemeliharaan dan penggalakan terhadap kebudayaan dunia yang pelbagai.

Sementara itu, Pengarah LVMH, Antoine Arnault berkata, Les Derniers Secrets de L'Humanite merupakan satu lagi dokumentari yang menceritakan sejarah sesama insan selepas A Species' Odyssey, dan meluahkan harapan agar dokumentari klasik yang terkini itu mendapat sambutan yang kekal hangat di kalangan penonton.