Pelaburan Asing Terus Meningkat di China

2023-12-22 14:27:07  CRI
Share with:

Penggunaan sebenar modal asing di China kekal pada paras tinggi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini. 

Perusahaan asing terus meningkatkan pelaburan  di China susulan mereka optimis terhadap kelebihan pasaran dan prospek pembangunan ekonomi negara ini.

Menurut data terkini Kementerian Perdagangan, penggunaan sebenar modal asing oleh China melebihi 1.04 trilion yuan (RM680 bilion) dalam tempoh tersebut.

Antaranya 386.65 bilion yuan (RM251.14 bilion) dilaburkan dalam industri berteknologi tinggi, menyumbang 37.2 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing yang diterima.

Angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 1.1 mata peratusan berbanding 2022. 

Untuk tempoh sama, penggunaan sebenar pelaburan asing dalam sektor pembuatan kelengkapan perubatan dan instrumen serta peralatan elektronik dan komunikasi masing-masing menokok 27.6 peratus dan 5.5 peratus.

Dalam sektor perkhidmatan pula, penerimaan pelaburan asing dalam industri pembinaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan reka bentuk masing-masing naik 32.8 peratus dan 9.1 peratus.