Projek Janakuasa Elektrik Longdong Gunakan Tenaga Angin-Fotovoltaik Beroperasi

2023-12-22 11:58:11  CRI
Share with:

Projek janakuasa elektrik berdasarkan penggunaan tenaga angin-fotovoltaik yang berkapasiti sejuta kilowatt beroperasi sebagai kumpulan pertama di Pangkalan Tenaga Longdong milik Kumpulan Huaneng di kaunti Huanxian, provinsi Gansu semalam. Bekalan elektrik mesra alam sebanyak 2.271 bilion kilowatt-jam dapat disediakan oleh pangkalan tenaga komprehensif multifungsi yang berkapasiti sepuluh juta kilowatt yang pertama di China itu pada setiap tahun.

Projek yang terletak di pinggir Padang Pasir Mu Us itu merangkumi kelengkapan janakuasa elektrik menggunakan tenaga angin yang berkapasiti 760,000 kilowatt dan kelengkapan fotovotaik berkapasiti 240,000 kilowatt. Jumlah penjanaan elekrtik tahunannya cukup untuk kegunaan hampir 780,000 isi rumah pada setiap tahun.

Naib Pengurus Besar Syarikat Tenaga Longdong Huaneng Berhad, He Yanfu berkata, pihaknya akan giat membangunkan pangkalan tenaga bersepadu tersebut ke arah yang mesra alam dan pintar agar dapat membantu menggalakkan perkembangan rendah karbon di bahagian timur, sekaligus membantu dalam usaha memelihara ekosistem di kawasan aliran sungai Kuning.

Dimaklumkan, Pangkalan Longdong dirancangkan dilengkapi kapasiti janakuasa 6 juta kilowatt yang diunjurkan mampu membekalkan tenaga elektrik mesra alam sebanyak 14 bilion kilowatt-jam setiap tahun.