Huzhou Perkasakan Industri Kecantikan

2023-12-23 22:52:02  cri
Share with:

Pekan Daixi yang terletak di bandar Huzhou, provinsi Zhejiang China memperkasakan industri kecantikan sejak tahun 2015. Setakat ini, terdapat sebanyak 254 buah syarikat yang mengeluarkan produk kosmetik, parfum, penjagaan kulit dan lain-lain di ‘pekan kecantikan’ itu. 

Dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, nilai pengeluaran industri tersebut di Daixi mencatat RMB5.63 bilion (RM3.65 bilion).

Dari Januari hingga Oktober lalu pula, jumlah eksport pekan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 234% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.