UNSC Lulus Resolusi Tingkat Bantuan ke Gaza

2023-12-23 14:32:45  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Jumaat.

Resolusi 2720 yang diluluskan dengan 13 undi setuju dan dua berkecuali menuntut supaya bantuan kemanusiaan berskala besar disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza serta-merta secara selamat dan tanpa halangan, sementara kaedah diwujudkan bagi menghentikan permusuhan berterusan.

Resolusi itu menggesa pihak berkonflik mengizinkan dan mempermudah penggunaan semua laluan tersedia ke seluruh Gaza, membebaskan tahanan dengan segera tanpa syarat, memastikan akses semua tahanan kepada rawatan perubatan, serta menawarkan bahan bakar bagi memenuhi keperluan kemanusiaan penduduk Gaza.

Resolusi berkenaan juga meminta Setiausaha Agung PBB melantik seorang penyelaras kanan bagi misi kemanusiaan dan pembinaan semula.