Li Qiang Bakal Hadir Mesyuarat Pemimpin LMC ke-4
2023-12-23 13:38:37 CRI
Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) edisi keempat dijadual berlangsung secara maya pada 25 Disember.
Perdana Menteri China Li Qiang dan pemimpin lima negara di lembangan Sungai Mekong iaitu Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam akan menghadiri mesyuarat berkenaan.
Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Jumaat.