Kukuh Hasil Pengajian Teori, Kumpul Tenaga Bina Negara Kuat: Xi

2023-12-23 15:25:39  CRI
Share with:

Satu mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memberi penekanan terhadap pengukuhan hasil program pengajian teori Parti untuk mengumpul tenaga ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan penting ketika mempengerusikan mesyuarat politburo itu dari Khamis hingga Jumaat.

Para anggota politburo sependapat bahawa tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.

Ia merupakan tahun kritikal untuk mencapai matlamat dan tugasan yang ditetapkan dalam Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Hendaklah melaksanakan sepenuhnya inti pati Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dan Sidang Pleno kedua Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC dengan berpandukan pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Selain memastikan kerja berkenaan dijalankan dengan mapan secara amnya, usaha juga perlu dipergiat untuk menterjemahkan konsep pembangunan baharu secara lengkap dan tepat, di samping memperdalam pembaharuan dan keterbukaan serta mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.

Rata-rata berpendapat, perlunya meningkatkan kedinamikan ekonomi, mencegah dan merungkai risiko, menambah baik jangkaan sosial serta mengukuhkan momentum pemulihan dan trend perkembangan ekonomi ke arah baik.