Anwar Setuju Hidupkan Semula Projek HSR KL-Singapura

2023-12-24 14:30:58  CRI
Share with:

Kerajaan Malaysia secara prinsipnya bersetuju menghidupkan semula projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada Disember 2016.

Pada Januari 2021, kedua-dua pihak mengumumkan pembatalannya kerana gagal mencapai kata sepakat mengenai cadangan perubahan projek itu sebelum tarikh akhir perjanjian projek berkenaan.

Mengikut reka bentuk asalnya, HSR Kuala Lumpur-Singapura akan mengurangkan masa perjalanan antara dua tempat kepada 90 minit dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.