Panorama Filem China-ASEAN ketujuh Buka Tirai

2023-12-24 13:54:56  CRI
Share with:

Panorama Filem China-ASEAN edisi ketujuh membuka tirai di Nanning, wilayah Guangxi pada Jumaat.

Selain tayangan filem unggul, pelbagai pengisian seperti ulasan filem oleh pakar dan bazar bertemakan filem turut diatur dengan tujuan menggalakkan pertukaran budaya China-ASEAN.

Difahamkan, dua filem China dan 10 lagi filem dari negara-negara ASEAN akan ditayangkan sempena aktiviti berkenaan yang dijadual berlangsung sehingga 28 Disember.