Buku "Xi Jinping on the Belt and Road Initiative" Edisi 2023 Diterbitkan

2023-12-25 14:35:58  CRI
Share with:

Buku "Xi Jinping on the Belt and Road Initiative (Edisi 2023)" suntingan Institut Pengajian Sejarah dan Arkib Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) diterbitkan oleh Central Party Literature Press baru-baru ini untuk pengedaran di peringkat kebangsaan.

Buku ini merangkumi 78 rencana tulisan Presiden China Xi Jinping, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dari bulan September 2013 hingga November 2023 mengenai pembinaan bersama di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).  

Xi dalam buku tersebut memberi huraian yang terperinci tentang prinsip panduan, konotasi yang pelbagai, matlamat dan pendekatan kerjasama berkaitan pembinaan bersama BRI, dan dilihat membawa makna besar untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam pembinaan bersama BRI ke arah berkualiti tinggi, mewujudkan pemodenan di negara-negara terbabit, membina dunia yang terbuka, inklusif, saling hubung dan berkembang bersama, serta memperjuangkan matlamat membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.