Kampung Air Sambut Tahun Baharu

2023-12-25 16:20:43  CRI
Share with:

Kampung Quanqing di Huzhou, provinsi Zhejiang menyambut kedatangan tahun baharu dengan aktiviti yang bertemakan ikan baru-baru ini.

Selain menangkap ikan, menyajikan jamuan serba ikan dan melelong ikan, pelbagai acara menarik turut diadakan di kampung air itu antaranya persembahan tarian, pertunjukan teknik membuat barang anyaman rotan dan penulisan kuplet tahun baharu.