Jumlah Tiket HSR Jakarta-Bandung yang Terjual Lebih Sejuta

2023-12-25 13:10:27  cri
Share with:

Menurut statistik didedahkan sistem tiket Syarikat Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Indonesia-China, sebanyak lebih sejuta tiket untuk laluan HSR Jakarta-Bandung telah dijual setakat pukul 9 pagi semalam waktu tempatan.

Dimaklumkan bahawa HSR Jakarta-Bandung yang dibina berdasarkan kerjasama China-Indonesia beroperasi secara rasmi pada 17 Oktober lalu. Kadar pengambilan tiket mencatat 90% secara puratanya.