Konflik Israel-Hamas Ragut 20,424 Nyawa Palestin

2023-12-25 14:40:44  CRI
Share with:

Sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu, tindakan tentera Israel telah meragut 20,424 nyawa penduduk Palestin dan mengakibatkan lebih 54,000 orang lagi cedera.

Demikian dilaporkan oleh jabatan perubatan Genting Gaza semalam.

Menurut laporan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 24 Disember waktu tempatan menekankan lagi bahawa pertempuran di Genting Gaza akan merupakan "perang berjangka panjang", dan pihaknya akan meneruskan tindakan kekerasan sehingga semua sasarannya tercapai.