Filipina Dinasihat Buat Pilihan Bijak
Filipina sering membuat kekacauan di Laut China Selatan dalam masa terdekat ini.
Berbeza dengan masa dahulu, Filipina membuat rakaman video tentang adegan konflik ketika membuat provokasi, lalu mengembar-gemburkannya.
Tak syaklah Filipina ingin memperoleh sokongan melalui tindakan seumpama itu.
Menurut analisis terhadap media sosial dalam masa terbabit, kebanyakan akaun media sosial yang terlibat dalam tindakan menggembar-gemburkan konflik tersebut adalah dari Amerika Syarikat (AS), khususnya badan media negara itu.
Padahal, AS dan Filipina dengan sedaya upaya ingin melaga-lagakan hubungan antara China dengan negara-negara ASEAN dan ini sudah disedari negara-negara terbabit.
Sejak Jun lalu, tiada mana-mana negara ASEAN mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menyokong Filipina dan jarang terdapat media di negara-negara tersebut membuat laporan berkenaan.
Tindakan memfitnah dan mencemarkan imej China yang dilakukan oleh Filipina dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah untuk mempopularkan secara paksa konsep yang yang tidak munasabah NATO ke atas negara-negara di rantau Asia-Pasifik untuk memudahkan Asia-Pasifikisasi NATO yang mengalami kebuntuan pada masa sekarang.
Walau bagaimanapun, negara-negara sekutu AS dari Kesatuan Eropah (EU) khususnya Perancis dan Jerman tidak berminat malah menentang untuk campur tangan dalam urusan di rantau Asia Pasifik.
Dalam sidang kemuncak NATO pada Julai lalu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menolak cadangan tentang penubuhan jabatan perhubungan NATO di Jepun.
Menurut keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh "Pulse of Asia", badan kaji selidik dari Filipina pada September lalu, hanya 7 peratus respondon di negara itu memberikan perhatian tentang topik “keselamatan” seperti konflik di Laut China Selatan. Manakala majoriti besar respondon memberikan perhatian tentang isu pembangunan seperti peluang kerja.
Sama ada Filipina memilih untuk menyelesaikan masalah ekonomi dalam negeri dengan bergantung kepada ASEAN dan China untuk mewujudkan pembangunan bersama, atau mengecualikan diri dari organisasi ASEAN dan bergantung kepada AS? Filipina dinasihat membuat pilihan bijak.