WHO: Sistem Perubatan Gaza Sedang Dimusnahkan

2023-12-25 14:30:35  CRI
Share with:

Sistem perubatan di Gaza sedang dimusnahkan, kerana hanya terdapat 9 daripada 36 hospital di kawasan terbabit masih beroperasi dengan sebahagian fungsinya, dalam keadaan yang kritikal. 

Demikian dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Dimaklumkan, meskipun permintaan perubatan di Gaza terus melambung, namun hanya 38% katil hospital boleh dimanfaatkan, dan hanya 30% anggota perubatan dapat bertugas di pos mereka.

WHO memberi amaran bahawa tragedi akan berlaku apabila sistem perubatan runtuh, dan menyeru gencatan senjata segera diwujudkan.