Perkhidmatan Perubatan di Kawasan Bencana Gempa Bumi Gansu Pulih

2023-12-25 14:27:27  CRI
Share with:

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC), Mi Feng memaklumkan bahawa pihaknya telah mengerahkan dua pasukan penyelamat kedoktoran kecemasan dan menugaskan sekumpulan doktor yang terkemuka yang melibatkan pelbagai bidang bertolak ke kawasan bencana gempa bumi di provinsi Gansu dan Qinghai, untuk bersama-sama dengan anggota perubatan tempatan menjalankan rawatan terhadap orang tercedera dengan sedapat mungkin. Mereka yang cedera parah sudah dipindahkan ke hospital, manakala mangsa yang masih berada di kawasan bencana boleh mendapat perkhidmatan kaunseling dan rawatan jelajah.

Setakat ini, semua orang yang cedera sudah mendapat rawatan yang berkesan tepat pada waktunya, menandakan perkhidmatan perubatan di kawasan bencana sudah pulih seperti biasa.

Seterusnya NHC akan bersama jabatan berkenaan meningkatkan penyelarasan berdasarkan sumber perubatan yang setia ada dan menambah anggota perubatan ke kawasan bencana di samping menjalankan kerja pencegahan wabak termasuk melakukan pemantauan terhadap air minuman dan penyahjangkitan.