Kumpulan Penyelaras dan Pemantau Pembangunan Pasca Gempa Bumi Jishishan Ditubuhkan

2023-12-26 13:23:25  CRI
Share with:

Kumpulan Penyelaras dan Pemantau Pembinaan Semula telah ditubuhkan pada Isnin setelah bencana gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda kaunti Jishishan, provinsi Gansu. Terdapat enam kumpulan kerja yang beroperasi di bawahnya yang masing-masing melibatkan kerja penilaian kerugian bencana, penilaian bencana gempa bumi dan geografi, pembinaan perumahan dan perkampungan, penggubalan perancangan, dasar dan dana serta tugas pengawasan dan pemeriksaan.

Antaranya, kumpulan penilaian kerugian bencana bertugas mengeluarkan laporan komprehensif tentang bencana gempa bumi terbabit menjelang 31 Disember tahun 2023.

Menurut maklumat lain, kerja memilih tempat untuk pembinaan perumahan dan perkampungan akan diselesaikan menjelang 15 Januari tahun 2024 agar memastikan perumahan baharu untuk penduduk yang terkesan siap dibina dan boleh diguna menjelang Oktober tahun yang sama.