Jepun Didesak Hormati Keprihatinan Keselamatan Negara Jiran

2023-12-26 16:10:41  cri
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa ekoran sejarah pencerobohan dilakukan Jepun, pergerakan ketenteraan negara itu sentiasa diberi perhatian dari masyarakat antarabangsa khususnya negara jirannya. Menurut Mao, Jepun telah merubah dasar pertahanan keselamatan, meningkatkan bajet pertahanan, dan melonggar sekatan pengeskportan senjata untuk mencapai lonjakan besar dalam pembangunan ketenteraannya pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Melihat kecenderungan tersebut, China mendesak Jepun agar menghormati keprihatinan negara-negara jiran dalam bidang keselamatan, melakukan introspeksi terhadap sejarah pencerobohannya, dan menempuhi jalan pembangunan secara damai untuk mendapatkan kepercayaan daripada masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran di Asia melalui tindakan yang telus.

Menurut laporan berkenaan, kerajaan Jepun telah meluluskan "tiga prinsip peralihan kelengkapan pertahanan" edisi terkini dan panduannya pada Jumaat lalu untuk membolehkan pembekalan peluruh berpandu "Patriot" buatan Jepun kepada Amerika Syarikat (AS). Pada hari yang sama, Kabinet Jepun meluluskan bajet kewangan 2024. Antaranya, bajet dalam pertahanan keselamatan telah meningkat 16.6% yang mencatat rekod baharu dalam sejarahnya.