RMB400 Juta Lagi Diperuntukkan Sokong Kerja Menyelamat di Gansu dan Qinghai

2023-12-26 15:32:04  CRI
Share with:

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengurusan Kecemasan China pada Isnin sekali lagi memperuntukkan RMB400 juta (RM259 juta) daripada dana bencana kerajaan pusat kepada provinsi Gansu dan Qinghai untuk digunakan dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana, menempatkan mangsa dalam tempoh peralihan, memberikan wang duka kepada keluarga mangsa terkorban,membina semula rumah dan kerja lain, agar memastikan mangsa bencana boleh berteduh di tempat tinggal yang menahan cuaca sejuk dan mendapat masakan yang hangat, serta order pengeluaran dan kehidupan di kawasan bencana dapat pulih dengan secepat mungkin.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan bersama jabatan berkenaan sudah memperuntukkan dana bantuan sebanyak RMB700 juta (RM453 juta) kepada kedua-dua provinsi tersebut.